Kematian tragis Aisah, meninggal dunia tanpa ibu bapa disisi

Aisah meninggal dunia tanpa sempat bertemu kedua-ibu bapanya akibat sekatan rejim Zionis.
Aisah meninggal dunia tanpa sempat bertemu kedua-ibu bapanya akibat sekatan rejim Zionis.
A
A
A

GAZA CITY - Seorang kanak-kanak perempuan Palestin berusia lima tahun dari Semenanjung Gaza meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Baitulmaqdis.

Lebih memilukan, Aishah Lulu menghembuskan nafas terakhirnya kelmarin tanpa kedua ibu-bapa atau ahli keluarga lain disisi.

Aishah yang menderita kanser otak terpaksa dirawat di Baitulmaqdis memandangkan hospital di Semenanjung Gaza kekurangan kelengkapan akibat sekatan dan kepungan oleh rejim Zionis sejak 12 tahun lalu.

Lapor Quds News Network, pihak berkuasa Israel enggan mengeluarkan permit perjalanan kepada ibu-bapa Aisah atas alasan keselamatan.

Kedua ibu-bapanya yang menetap di kem pelarian Al-Buriej turut mendakwa Pihak Berkuasa Palestin (PA) tidak memberi sebarang respons ketika diminta campur tangan dalam membantu mereka melakukan perjalanan ke Baitulmaqdis.

Disebabkan sekatan tidak berperikemanusiaan itu, Aisah terpaksa tinggal di Hospital Augusta Victoria seorang diri sepanjang rawatannya.

"Seorang wanita secara sukarela menemani Aisah sejak beberapa bulan lalu. Selepas menjalani pembedahan, keadaannya bertambah buruk akibat tertekan kerana tidak dapat menatap wajah ibu dan bapanya.

"Semalam Aisah meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas terakhir dia dilihat menangis dan tidak dapat bercakap.

Artikel Berkaitan:

"Dia meninggal dunia seorang diri tanpa insan tersayang disisi," kata jurucakap hospital. - Agensi