Perpaduan ummah jadi harapan jatuhkan PH

Mahdzir (tengah) bersama pemimpin UMNO Padang Terap dan Pas Kawasan Padang Terap.
Mahdzir (tengah) bersama pemimpin UMNO Padang Terap dan Pas Kawasan Padang Terap.
A
A
A

KUALA NERANG - Perpaduan ummah di antara UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Pas selepas PRU14 dilihat semakin diterima oleh rakyat malah menjadi harapan untuk gabungan ini menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) pada PRU akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, gabungan tersebut bukan sahaja dapat dirasai di seluruh negara malah turut diraikan oleh ahli-ahli kedua-dua parti di peringkat akar umbi.

Menurutnya, pihaknya dan Pas Kawasan Padang Terap telah menyatakan sokongan dan akan membantu di antara satu sama lain selepas ini.

"Umno-BN dan Pas telah sebulat suara bersetuju untuk menjalankan kerjasama yang baik di mana sekiranya BN bertanding, Pas akan menyokong begitu juga jika Pas bertanding BN akan menyokong penuh calon dari parti tersebut," katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, dekat sini semalam.

Mahdzir menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, dekat sini, semalam.
Mahdzir menyampaikan sumbangan pada Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, dekat sini, semalam.

Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO berkata, sokongan rakyat terhadap BN di luar bandar masih tinggi berdasarkan bilangan parlimen yang dimiliki bekas kerajaan itu berbanding PH yang lebih menguasai parlimen di kawasan bandar.

"PRU 14 merupakan pilihan raya yang mengikut emosi untuk menyingkirkan BN malah hari ini banyak janji PH yang masih tidak ditunaikan dan rakyat masih lagi menunggu kerajaan menunaikan segala janji tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu,Mahdzir berkata, beliau sebagai Ahli Parlimen Padang Terap turut memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sumbangan ramadan seperti yang dilakukannya semasa BN mentadbir negara sebelum PRU14.

Lebih kurang 200 penerima sumbangan hadir pada program tersebut termasuk ahli jawatankuasa empat sayap UMNO Bahagian Padang Terap.

Hadir sama Adun Kuala Nerang, Mohd Yusof@Munir Zakaria, Adun Pedu, Mohd Radzi Md Amin dan Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Terap, Azam Abdul Aziz.