Pertimbang naikkan insentif baucar Jom Shopping

Mohd Najwan (tengah) meraikan penerima baucar Jom Shopping dengan menemani mereka membeli-belah di Giant Seksyen 13, di sini.
Mohd Najwan (tengah) meraikan penerima baucar Jom Shopping dengan menemani mereka membeli-belah di Giant Seksyen 13, di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor disaran untuk mempertimbangkan kenaikan kadar insentif sumbangan baucar membeli-belah bagi program Jom Shopping sebanyak RM100 kepada jumlah yang bersesuaian seiring dengan keperluan semasa yang semakin meningkat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi berkata, ini kerana sejak program tersebut diperkenalkan kerajaan negeri pada 2011, kadar insentif diberikan masih sama iaitu RM100 sehingga sekarang.

Beliau berkata, pihaknya melihat terdapat keperluan untuk kadar insentif itu dinaikkan sekurang-kurangnya kepada RM200.

"Kita maklum jumlah kewangan negeri semakin kukuh, malah pelaburan juga semakin banyak masuk ke negeri ini.

"Kita berharap dengan kemampuan dimiliki kerajaan negeri, dapat dimanfaatkan dengan menambahbaik program ini dari segi amaunnya yang pasti akan memberi nilai tambah kepada penerima," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Najwan beramah mesra dengan salah seorang penerima baucar Jom Shopping yang diraikan.
Mohd Najwan beramah mesra dengan salah seorang penerima baucar Jom Shopping yang diraikan.

Sementara itu, Mohd Najwan berkata, seramai 800 penerima baucar Jom Shopping bawah DUN Kota Anggerik diraikan di Giant Seksyen 13, di sini, pada hari ini dan semalam.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, rata-rata penerima terdiri daripada warga emas serta ibu tunggal berpendapatan rendah yang dilihat layak untuk menerima bantuan menerusi program terbabit.

"Saya sendiri turun padang menemani mereka membeli barangan keperluan tersebut. Semalam kita raikan 400 orang penerima dan hari ini, seramai 400 orang lagi yang melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM80,000.

"Semoga insentif kecil ini dapat meringankan beban mereka untuk membuat persediaan Aidilfitri," katanya.