Anggota Geng Zaki diberkas polis

No Image Caption
A
A
A

KUCHING - Tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan ‘Geng Zaki’ berjaya diberkas polis dalam satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Dani berkata Geng Zaki ini merupakan kumpulan yang aktif mencuri motosikal dan kenderaan di sekitar Kuching dan Padawan.

“Selain itu, kumpulan ini juga disyaki terlibat dengan beberapa kes jenayah lain seperti kes samun dan dadah,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Awang Din berkata, polis kini giat mengenal pasti saki-baki anggota kumpulan tersebut yang dipercayai turut terlibat dengan kes-kes kumpulan rangkaian yang lain.

Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 22 hingga 43 tahun kini ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi pihak polis di talian 082-244 444 atau mana-mana balai polis berhampiran. -Bernama

Artikel Berkaitan: