SMK Panji Alam takluk Eropah

SMK Panji Alam mengharumkan nama negara dengan menggondol empat anugerah pada pertandingan itu.
SMK Panji Alam mengharumkan nama negara dengan menggondol empat anugerah pada pertandingan itu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam, Kuala Terengganu berjaya ‘menakluk’ Eropah dengan menggondol empat anugerah utama dalam pertandingan 11th European Exhibition of Creativity and Innovation yang berlangsung di Romania, kelmarin.

Lebih membanggakan, pasukan inovasi SMK Panji Alam itu berjaya mengetepikan 600 pasukan yang bertanding, melibatkan 100 buah negara.

Empat anugerah yang diterima adalah Gold Medal Award Euroinvent, Special Award Corneliu Group Romania, Special Honour of Toronto Invention Society Canada dan Special Prize Award Euroinvent.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, kejayaan itu cukup membanggakan bukan sahaja bagi Terengganu, tetapi untuk negara.

“SMK Panji Alam yang sebelum ini dikelaskan sebagai sekolah masalah disiplin iaitu sekolah yang mendapat bimbingan dan pemantauan PDRM telah bertukar sebagai sekolah yang membanggakan negara apabila mengalahkan 600 buah pasukan yang bertanding.

“Mereka telah membuktikan dengan keazaman yang kuat dan usaha yang berterusan, mereka boleh berjaya.

Pelajar yang menjadi kebanggaan negara. Gambar kecil, Special Prize Award Euroinvent.
Pelajar yang menjadi kebanggaan negara. Gambar kecil, Special Prize Award Euroinvent.

“Berdepan dengan pelbagai kesukaran, termasuk bertanding pada bulan Ramadan dan menghadapi masalah makanan halal, tapi demi ingin memartabatkan pendidikan negara, mereka berjaya mengharunginya dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pasukan inovasi itu terdiri daripada lima pelajar, iaitu Rushdina Sofea Rushdan, Siti Nabila Syahirah Roslan, Nur Salsabila Abdul Rahman, Muhammad Ajwad Mohd Zamri dan Abi Aamar Arshad.

Mereka turut diiringi dua guru pengiring, iaitu Wan Salasiah Wan Sulaiman dan Mohd. Noor Shamsulainee Othman dan Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood bertindak sebagai ketua kontinjen.

Kesemua mereka sebelum ini berlepas ke Romania bagi menyertai pertandingan itu yang berlangsung pada 16 hingga 18 Mei di Palace Culture, Iasi, Romania.