Klana Resort Seremban, Sinar Harian rai anak yatim

Yazid (baju putih) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.
A
A

SEREMBAN - Klana Resort Seremban dan Sinar Harian meneruskan tradisi mengadakan Majlis Iftar bersama anak yatim bagi tahun kelima, dalam memenuhi program tanggungjawab sosial korporat.

Seramai 30 anak yatim termasuk pengiring dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Al Khausar dan Rumah Anak Yatim Walidaina, diraikan dalam suasana yang penuh meriah seperti berada di rumah sendiri.

Bermula jam 6.30 petang, kesemua tetamu istimewa ini disambut meriah oleh kakitangan Klana Resort Seremban, disusuli dengan acara ramah mesra.

Yazid bersama wartawan Sinar Harian dan kakitangan Klana Resort Seremban, bergambar bersama anak yatim yang hadir pada program tersebut.
Yazid bersama wartawan Sinar Harian dan kakitangan Klana Resort Seremban, bergambar bersama anak yatim yang hadir pada program tersebut.

Turut serta, Pengurus Besar Klana Resort Seremban, Yazid Mustaffa, yang menyantuni serta menemani mereka mengambil juadah berbuka puasa

Kesemua anak yatim ini dilayan istimewa oleh kakitangan Klana Resort dan wartawan Sinar Harian, bermula berbuka puasa sehinggalah solat Maghrib di surau Klana Resort Seremban.

Menurut Yazid, pihaknya sangat komited untuk mengadakan program sosial korporat sebegini, bagi memberi kegembiraan kepada insan terpilih ini.

“Kita mahu meraikan mereka dengan istimewa, jadi kita nak mereka rasa selesa dan bebas bergerak ke mana sahaja tanpa halangan.

“Kegembiraan yang kita ada ini perlu dikongsi bersama, terutamanya buat mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Besar Klana Resort sebagai tanda penghargaan kerjasama yang diberi.
Ketua Wartawan Sinar Harian Negeri Sembilan, Sarinah Mat Kasim, menyampaikan sumbangan kepada Pengurus Besar Klana Resort sebagai tanda penghargaan kerjasama yang diberi.

Program yang dilaksanakan sejak 2014 ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang, bagi membantu mereka yang memerlukan.

Selain menjamu selera, kesemua mereka turut diberi cenderhati daripada Sinar Harian dan sumbangan duit raya daripada Klana Resort Seremban.