Perbincangan dengan Australia masih belum muktamad - KPM

Gambar hiasan
A
A

PUTRAJAYA - Perbincangan antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia berhubung modul pengajaran bahasa Inggeris di peringkat prasekolah masih berlangsung pada masa ini.

KPM dalam kenyataannya hari ini berkata, belum ada sebarang keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Kementerian akan terus berusaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di semua peringkat termasuk mereka yang mengikuti prasekolah.

Ini adalah selari dengan matlamat dan sasaran yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Roadmap Pengajaran Bahasa Inggeris 2015-2025, kata kenyataan itu.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris dalam laporan bertajuk ‘English help from Australia’ mendedahkan Malaysia kini sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan projek perintis pengajaran bahasa Inggeris peringkat prasekolah berdasarkan modul dalam talian yang diguna pakai di Australia. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: The Roadmap 2015-2025 berada di landasan tepat


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia