'Adamdidam anak yang cukup baik'

Mahamed (dua, kanan) semasa pengebumian jenazah Adam di Tanah Perkuburan Islam Lemal.
Mahamed (dua, kanan) semasa pengebumian jenazah Adam di Tanah Perkuburan Islam Lemal.
A
A
A

PASIR MAS - Chef selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau Adamdidam yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat jangkitan paru-paru disifatkan sebagai seorang anak yang sangat baik oleh keluarga.

Bapanya, Mahamed Ismail Mohamed Yusoff, 66, berkata, arwah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu cukup disenangi oleh seluruh ahli keluarga disebabkan oleh sikap baiknya.

"Walaupun agak sedih dengan pemergian Adam, namun seluruh ahli keluarga reda dengan ketentuan Ilahi.

"Adam mulai sakit teruk sejak sebulan lalu," katanya.

Menurutnya, jenazah Adam selamat dikebumikan pada jam 11.05 pagi di Tanah Perkuburan Islam Lemal.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Telipot, Kota Bharu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 4 pagi di rumahnya di Telipot.

Adam merupakan bapa saudara kepada kanak-kanak yang fasih menggunakan loghat Kelantan biarpun tinggal di luar negara iaitu Fatimah Omar Mukhlis serta bapa sepupu kepada selebriti terkenal tanah air Neelofa.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Allahyarham adalah peserta rancangan masakan Hero Oven musim kedua di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Adamdidam meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru