Ronaldo derma RM6.3 juta untuk penduduk Palestin

Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo
A
A
A

LISBON - Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo telah mendermakan AS$1.5 juta (RM6.3 juta) kepada penduduk Palestin bagi meringankan penderitaan penduduk di Genting Gaza pada bulan Ramadan.

Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu telah beberapa kali mengecam kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin.

Pada 2012, Ronaldo pernah melelong Kasut Emas yang dianugerahkan kepadanya selepas dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik Eropah pada musim tersebut bagi mengumpulkan dana untuk kanak-kanak Palestin.

Ketika perlawanan antara Portugal dan Israel untuk kelayakan Piala Dunia 2014 kira-kira setahun selepas itu, pemain kelab Itali, Juventus itu juga enggan bertukar jersi dengan pemain Israel.

Sejak 2007, Genting Gaza telah berada di bawah kepungan haram Israel dan sekatan itu telah menyebabkan penurunan taraf hidup. - Agensi

Artikel Berkaitan: