Longkang runtuh, penduduk diminta sabar

WhatsA
WhatsA
A
A
A

KUANTAN - Penduduk di Lorong Seri Setali yang menghadapi masalah keruntuhan longkang yang teruk diminta bersabar bagi memberi laluan kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) untuk memulakan kerja baik pulih.

Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata, MPK telah melantik kontraktor dan memulakan kerja membaikpulih sejak minggu lepas.

Beliau yang menjalankan lawatan ke tapak tersebut turut berjumpa dengan kontraktor projek.

“Keruntuhan longkang menyebabkan benteng-benteng dan batu-batan terjatuh ke dalam longkang tersebut.

“Penduduk membuat aduan kepada MPK pada 9 Julai tahun lepas disebabkan khuatir jika tindakan tidak diambil dengan segera, hakisan tanah yang lebih serius akan berlaku,” katanya kepada pemberita, di lokasi tersebut, hari ini.

Chean Chung berharap penduduk dapat bersabar dalam proses membaik pulih longkang tersebut.

“Terima kasih atas maklum balas dan tindakan pihak MPK yang melantik kontraktor dan membaik pulih situasi ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: