Gelandangan dikejutkan rezeki tidak disangka

Azhar (tiga dari kiri, barisan depan) dan Abdul Hadi (lima dari kiri) bersama petugas yang menjayakan program santuni gelandangan sekitar Alor Setar.
Azhar (tiga dari kiri, barisan depan) dan Abdul Hadi (lima dari kiri) bersama petugas yang menjayakan program santuni gelandangan sekitar Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 25 orang gelandangan sekitar bandaraya ini ‘dikejutkan’ dengan rezeki yang tidak disangkakan apabila dikunjungi sekumpulan Pemuda Pas dan Kelab Bermotor (ARC) Jerlun, awal pagi tadi.

Ketua Pemuda Pas Jerlun, Abdul Hadi Omar berkata, kumpulan itu yang disertai 50 ahlinya menyusuri lorong-lorong sunyi sekitar bandar Alor Setar untuk mengagihkan juadah bersahur.

Menurutnya, program santuni gelandangan pada awal pagi itu bermula pada 12 tengah malam hingga 2 pagi.

“Bungkusan makanan dan minuman untuk bersahur diagihkan kepada mereka, hampir 25 orang gelandangan yang ditemui menerima sumbangan ini, ada antara mereka sudah tidur dan dikejutkan untuk berkongsi rezeki ini,” katanya.

Petugas mengagihkan bungkusan makanan dan minuman untuk bersahur kepada pengawal keselamatan yang bertugas.
Petugas mengagihkan bungkusan makanan dan minuman untuk bersahur kepada pengawal keselamatan yang bertugas.

ADUN Ayer Hitam, Azhar Ibrahim yang turut serta dalam program sumbangan sahur itu berkata, aktiviti ini bertujuan untuk berkongsi rezeki sempena Ramadan selain memperkenalkan Pas sebagai sebuah parti berkebajikan.

“Kehidupan kini dibebani kos sara hidup tinggi, setiap insan perlu ada sikap mengambil berat kepada mereka yang kurang berkemampuan. Tarbiyah Ramadan mengajar kita untuk berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan,” katanya.

Artikel Berkaitan: