Tokan dadah tak sempat jual dadah

Chee Khoon (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.
Chee Khoon (kiri) bersama pegawainya menunjukkan barangan dirampas pada sidang media di IPD Sabak Bernam di sini.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang tokan dadah warga Myanmar yang sedang menjalankan urus niaga jual beli dadah dicekup dalam serbuan di Hutan Bakau Teluk Rhu di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, penganggur berusia 49 tahun itu ditahan selepas sepasukan polis diketuai Inspektor Norizan Ramli menyerbu port berkenaan.

Menurutnya, semasa serbuan jam 5 petang itu, suspek cuba meloloskan diri, namun tindakan pantas polis berjaya menahan lelaki terbabit

"Hasil risikan dan maklumat awam, kita menahan suspek di hutan paya bakau itu dan menjumpai 38 paket plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin. Dadah seberat 40.08 gram bernilai RM1, 200 itu ditemui dalam beg pinggang dipakai suspek," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini hari ini.

Chee Khoon berkata, suspek yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah (PATI) kemudiannya dibawa ke IPD Sabak Bernam.

Katanya, suspek direman selama 14 hari bermula hari ini sehingga 31 Mei ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: