Dadah bernilai RM232,500 dirampas dalam serbuan di hotel

Hasanuddin (dua, kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah ketika sidang media hari ini.
Hasanuddin (dua, kanan) menunjukkan hasil rampasan dadah ketika sidang media hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Dadah bernilai RM232,500 dirampas dalam serbuan di sebuah hotel di Kampung Gaung, Pasir Mas di sini, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, dalam serbuan jam 3 pagi itu empat suspek turut ditahan termasuk adik-beradik berusia lingkungan 30 hingga 34 tahun.

"Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Pasir Mas merampas 1.65 kilogram dadah disyaki syabu dan 6,000 biji pil WY kemerahan dan kehijauan seberat 650 gram dan siasatan awal mendapati dadah ini diperoleh dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Ujian saringan urin mereka didapati semua suspek positif dadah methamphetamine dan semuanya mempunyai rekod lampau. Semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Menurutnya, empat buah motosikal termasuk sebuah motosikal berkuasa tinggi bernilai RM70,500 turut disita dalam operasi itu selain satu set pembesar suara, sebuah televisyen bernilai RM1,500 dan wang tunai berjumlah RM1,050 dirampas.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan: