Faziani dalam perjalanan ke pondok untuk sumbangan zakat

Ainul Atiya bersedih di atas kehilangan ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
Ainul Atiya bersedih di atas kehilangan ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.
A
A
A

TUMPAT - "Mama ke Pattani Thailand untuk sampaikan zakat di pusat pengajian pondok di sana," kata anak pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, 40, yang maut dalam kemalangan jalan raya di Patani, Thailand, hari ini.

Anaknya, Ainul Atiya Ahmad Shah Rizal, 18, berkata, dia sekeluarga sempat bersahur bersama ibu dan ayahnya sebelum mereka bertolak ke pondok di Pattani yang menjadi rutin bulanan menyampaikan wang zakat di sana namun pemergian kali ini bertukar tragedi.

"Pelik hari ini papa nak pandu sendiri kereta ke Thailand, biasanya pemandu peribadi yang bawa kalau ada urusan kerja luar. Mereka turun seawal jam 7 pagi, biasanya kalau nak ke mana-mana antara jam 9 pagi hingga 10 pagi baru turun dari rumah.

"Mama dengan papa nampak penat sangat, baru semalam mereka pulang dari Jakarta dan hari ini ke Thailand pula memandu sendiri kereta," katanya ditemui di rumahnya Kampung Paloh, di sini hari ini.

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare Faziani Rohban Ahmad, 40, maut di lokasi kejadian dalam kemalangan membabitkan Toyota Estima dengan sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera di mata dan dilaporkan stabil.

Jenazah dijangka tiba jam 4 petang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedemit di sini.

Artikel Berkaitan:

Kediaman pengasas Dnars di Kampung Paloh, Tumpat.
Kediaman pengasas Dnars di Kampung Paloh, Tumpat.