Gesa kahwin campur antara etnik Han dan Uighur

Insentif baharu kahwin campur itu jelas menunjukkan pendekatan sistematik untuk melemahkan identiti etnik Islam-Turki di negara tersebut.
Insentif baharu kahwin campur itu jelas menunjukkan pendekatan sistematik untuk melemahkan identiti etnik Islam-Turki di negara tersebut.
A
A
A

BEIJING - Wilayah Xinjiang di China telah mengubah peraturan untuk menduduki peperiksaan di universiti yang didakwa sebagai usaha terbaharu untuk menghapuskan budaya etnik orang Islam.

Para pemerhati berkata, perubahan dalam sistem pendaftaran universiti itu adalah satu lagi langkah ke arah penghapusan etnik Uighur yang mana populasi golongan itu terdiri daripada hampir separuh daripada 23 juta penduduk di wilayah autonomi tersebut.

Menerusi notis dalam talian yang disiarkan pada minggu lalu, kerajaan Xinjiang menerbitkan peraturan baharu memberikan mata bonus kepada kumpulan kurang bernasib baik dalam peperiksaan kemasukan kolej seluruh negara yang merupakan faktor penentu utama untuk memasuki universiti di China.

Dalam pembalikan dasar pada tahun lalu, kerajaan wilayah menggandakan jumlah mata sebanyak 20 yang diperuntukkan untuk pelajar antara etnik yang mana salah seorang daripada ibu bapanya adalah etnik Han dan mata lebih rendah jika ibu bapa mereka berasal daripada etnik yang sama.

Kerajaan percaya perkahwinan antara etnik adalah faktor utama untuk mempromosikan integrasi nasional dan asimilasi penduduk Uighur dan etnik minoriti lain di negara tersebut.

Pakar dasar etnik di Institut Teknologi Rose-Hulman, Timothy Grose berkata, insentif baharu kahwin campur itu jelas menunjukkan pendekatan secara sistematik Parti Komunis untuk melemahkan identiti etnik Islam-Turki tersebut.

Difahamkan, perubahan dalam dasar peperiksaan itu bukan pertama kali menawarkan insentif untuk perkahwinan antara etnik.

Pada 2014, daerah Qiemo di Xinjiang memberikan bayaran tunai tahunan 10,000 yuan (RM6,041) untuk tempoh lima tahun pertama perkahwinan antara penduduk Han dan etnik minoriti.

Artikel Berkaitan:

Data bancian negara pada 2010 menunjukkan penduduk Han dan Uighur cenderung berkahwin sesama mereka dan perkahwinan campur itu hanya berlaku 0.2 peratus. - Agensi