Jabatan kesihatan rampas produk tidak berdaftar RM67,650

Dr Zaini Hussin
Dr Zaini Hussin
A
A
A

KOTA BHARU – Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah merampas 1,353 botol produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bernilai RM67,650.

Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr Zaini Hussin berkata, rampasan itu dilakukan ke atas sebuah premis yang disyaki menghasilkan dan menjual produk ubatan tidak berdaftar di Pasir Puteh pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, operasi itu disertai lima anggota penguat kuasa dibantu dua anggota polis.

“Semua rampasan dibawa ke Cawangan Penguatkuasaan Farmasi untuk siasatan lanjut di bawah Peratutan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau keduanya sekali.

“Kami memandang serius perkara ini kerana produk atau ubatan yang tidak berdaftar ini diragui keselamatan dan kebersihannya. Dapatkanlah ubat atau produk yang sah sahaja daripada hospital, klinik atau farmasi,” katanya melalui kenyataan media kepada Sinar Harian hari ini.

Dr Zaini berkata, orang ramai perlu peka dan boleh mendapatkan maklumat berkaitan produk yang digunakan melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my

Katanya, sebarang aduan dan maklumat berkaitan boleh hubungi Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di nombor 09 7730586.

Artikel Berkaitan: