Kasut U beri tawaran menarik, kerja amal sepanjang Ramadan

Henry menyampaikan sumbangan kepada pemenang Bonanza 2018.
Henry menyampaikan sumbangan kepada pemenang Bonanza 2018.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seperti tahun sebelumnya, Kasut U Sdn Bhd sekali lagi mengadakan Cabutan Bonanza Raya ‘Beli Banyak, Menang Banyak’ bermula 6 Mei sehingga 31 Ogos depan.

Menurut Pengurus Pemasaran Kasut You, Henry Hiew, pelanggan berpeluang memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM100,000 apabila mereka berbelanja di mana-mana cawangan Kasut U.

Katanya, bengan pembelian RM100 ke atas melayakkan semua pelanggan untuk menyertai cabutan ini.

“Sepanjang bulan Ramadan ini juga, pemberian percuma sampul raya untuk setiap pembelian RM80 dan ke atas.

“Selain daripada membeli belah di cawangan Kasut U, pelanggan juga boleh membeli belah secara atas talian di laman sesawang Kasut You.

“Sepanjang Ramadan ini,sekiranya pelanggan membuat pembelian atas talian sebanyak RM50 akan turut mendapat sampul raya secara percuma,” katanya.

Sebahagian daripada keluarga yang menerima sumbangan daripada program U-Care yang dilaksanakan Kasut U.
Sebahagian daripada keluarga yang menerima sumbangan daripada program U-Care yang dilaksanakan Kasut U.

Ujar Henry, pelanggan juga berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah sekiranya membuat pembelian bernilai RM100 keatas dalam satu resit.

Artikel Berkaitan:

“Sempena ketibaan bulan Ramadan, Kasut U dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dan Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan telah menjalankan satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikenali sebagai U-Care pada 22 April sehingga 27 April lalu.

“Sebanyak 100 keluarga kurang berkemampuan di Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor dan Melaka telah menyertai program U-Care ini.

“Bantuan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan sebagainyadihulurkan bertujuan untuk meringankan beban keluarga terlibat sempena ketibaan bulan Ramadan,” katanya.

Henry berkata, Kasut U juga menganjurkan majlis agihan kurma yang berlangsung esok bertempat di cawangan-cawangan Kasut U terpilih di sekitar Kelantan, Terengganu dan Johor.

Jelas beliau, acara berkenaan telah dijalankan sejak tiga lalu di cawangan-cawangan berbeza setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.kasutyou.com