Nadia Brian sedia ke jenjang pelamin

Pelakon, Nadia Brian
Pelakon, Nadia Brian
A
A
A

PELAKON, Nadia Brian mengakui pernah meletakkan tunangnya dalam kategori Friend Zone atau sekadar teman biasa sebelum membuka pintu hatinya untuk Muizz Nasruddin.

Bagaimanapun, Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, berkata, kerana berkongsi minat dan selesa apabila bersama, dia percaya Muizz ialah lelaki yang tepat untuk dijadikan penyeri hidupnya.

“Sebenarnya kami sudah diperkenalkan lebih kurang dua tahun lalu oleh kawan, tapi saya friend zone kan dia.

“Tapi lama-kelamaan kami serasi bersama dan banyak berkongsi minat seperti filem dan seni.

“Kemudian bila dia nak bawa saya keluar, dia akan berjumpa terlebih dahulu dengan mak bapa saya untuk minta izin,” katanya tersenyum.

Nadia Brian
Nadia Brian

Dalam perkembangan persiapan ke jenjang pelamin, kata pelakon filem Ratu Kala Jengking, tempat dan tarikh masih belum ada ketetapan.

“19 September cuma jangkaan, lagi pun tempat belum dapat lagi sebab kena adjust dengan tarikh mereka. Insya-ALLAH semoga segalanya dipermudahkan,” ujarnya yang baru sahaja habis mengikuti kursus kahwin di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, TTDI, Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini Nadia selamat mengikat tali pertunangan dengan Muizz yang juga merupakan seorang Pengurus IT di sebuah syarikat pada 4 Mei.

Nadia, 28, ditemui pada rakaman sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) Raya di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor, Rabu lalu.

Sementara itu, pada Februari lalu juga Nadia telah menerima lamaran bakal suaminya di Paris, Perancis dengan berlatarbelakangkan Menara Eiffel.

Berkongsi mengenai Ramadan tahun ini, Nadia meluahkan kegembiraan apabila dapat berbuka puasa pada hari pertama Ramadan bersama ahli keluarganya.

“Alhamdulillah Ramadan pada kali ini saya rasa seronok sangat sebab setelah dua tahun akhirnya puasa tahun ini saya dapat berbuka puasa dengan family walaupun sehari, tapi puasa pertama.

“Kalau tahun lalu saya shooting Ratu Kala Jengking, tahun sebelum itu pula shooting filem Blok 404. Puasa tahun ini lebih kepada program macam sitkom Jenaka JKK Raya sahaja,” ujarnya.