Formula Malaysia: Tolak ekstremis dan perkauman

Wan Azizah Wan Ismail
Wan Azizah Wan Ismail
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menyeru rakyat untuk bangkit bersama membangunkan Malaysia Baharu kerana ia perlu mengambil masa dan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata.

Beliau berkata, Malaysia Baharu yang sedang dibentuk adalah hasil kerjasama setiap rakyat Malaysia dan menolak segala bentuk ekstremis agama dan perkauman.

"Malaysia Baharu adalah mengenai kita bersama. Malaysia Baharu yang sedang dibentukkan adalah hasil kerjasama setiap kita rakyat Malaysia.

"Kita menolak semua bentuk ekstremis agama dan perkauman. Itulah formula Malaysia kita. Saya doakan agar formula ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan," katanya pada perutusan sempena Hari Wesak yang disambut esok.

Katanya tempoh setahun kerajaan Pakatan Harapan memerintah adalah masa yang sangat singkat untuk melihat perubahan ketara berbanding dengan kerajaan dulu yang telah berkuasa selama 61 tahun. "Anda semua telah membawa kekecewaan anda kepada kotak mengundi dan telah menulis sejarah dengan menukar kerajaan buat pertama kalinya sejak Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Saya faham harapan adalah tinggi dan perubahan yang diingini dijangka dapat dicapai dengan cepat," katanya dalam

Timbalan Perdana Menteri itu turut mendoakan agar setiap rakyat Malaysia mengetepikan sebarang perbezaan demi kebaikan yang menyeluruh dan tidak ketinggalan juga mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada penganut agama Buddha.

Hari Wesak yang akan disambut esok adalah bagi menandakan tiga peristiwa penting dalam kehidupan Buddha iaitu hari lahir beliau, kesedaran dan kematiannya.

Artikel Berkaitan:

Ia merupakan antara festival paling meriah dengan perarakan kereta berhias yang diserikan dengan hiasan dan bunga-bunga yang berwarna-warni. - Bernama