X

Kindly register in order to view this article
!

Doakan keselamatan, kesihatan Hanis Zalikha dan baby

Hanis Zalikha. FOTO INSTAGRAM HANIS ZALIKHA
A
A

PELAKON dan pengacara, Hanis Zalikha yang kini sarat hamil anak kedua berkongsi pengalamannya menunaikan ibadah puasa kali ini.

Menurut Hanis, 29, pada awalnya dia cuba berpuasa, namun usai mengerjakan solat Asar pada Ramadan kedua, dia menyedari perubahan pergerakan bayi dalam kandungannya.

"Masuk trimester ketiga, waktu bulan puasa. Maknya (Hanis) jenis okay berpuasa. Tak lapar tak dahaga.

"Tapi hari kedua tu, lepas solat Asar, baby mengeras. Pastu dia diam je. Baby yang kali ini dahlah sangat cepat bertindak balas, kalau kita letak tangan dia akan high five atau tendang.

"Tapi masa petang tu kita geletek dia, daddy (Hairul Azreen) dia panggil dia, semua dia tak nak respon. Ya ALLAH gementarnya.

"Terus daddy dia suruh buka puasa minum air dan makan. Dah teguk susu kurma, makan cekelat biskut semua dan dan itu juga baby tendang kuat gila.

"Pastu semalam doktor tanya puasa ke tak. Kita jawab tak, doktor kata okay good, some people are really sensitive, bila puasa pun air ketuban boleh berkurangan. Jaga kiraan tendangan je sekarang," tulisnya di Instagram.

Hanis Zalikha. FOTO INSTAGRAM HANIS ZALIKHA
Hanis Zalikha. FOTO INSTAGRAM HANIS ZALIKHA

Tambah Hanis, ibu hamil juga perlu sentiasa peka dengan pergerakan bayi sekiranya berpuasa.

"Kita tahu masa anak kita aktif, jadi kena peka. Kiraan tendangan itu bukan sama setiap orang, ia cuma bantu kita alert waktu aktif baby kita.

"Doakan keselamatan dan kesihatan kami ya," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Hanis juga turut berkongsi paparan skrin mengenai ibu hamil yang tidak boleh berpuasa serta cara untuk qada atau membayar fidyah.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!