Peniaga burger maut langgar belakang lori

Abdul Aziz Ali
Abdul Aziz Ali
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang peniaga burger maut apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 23.5 Lebuhraya MEX di sini pagi tadi.

Mangsa yang maut Muhamad Zaki Ahmad beralamat di Presint 9, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari Kuala Lumpur menghala ke Putrajaya.

"Setibanya mangsa di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar lori yang ketika itu sedang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pecah," katanya.

Beliau berkata, perlanggaran mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah.

"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: