Masjid baharu untuk Kampung Thamer Kemboja

Mustapha (tengah baju putih) bersama Sren Meen (baju kelabu) dan sebahagian penduduk kampung di tapak yang akan dibina masjid baharu bagi kampung tersebut.
Mustapha (tengah baju putih) bersama Sren Meen (baju kelabu) dan sebahagian penduduk kampung di tapak yang akan dibina masjid baharu bagi kampung tersebut.
A
A
A

KEMBOJA - Kampung Thamer, Kemboja menjadi lokasi terpilih pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa dalam menghulurkan bantuan bagi membina Masjid Baru Kampung Thamer.

Pengerusinya, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, pembinaan masjid baharu itu nanti akan memberi kemudahan kepada lebih 250 keluarga Islam yang menetap di situ.

“Kampung ini adalah kampung pedalaman yang bertuah kerana tidak ramai orang luar sampai di kampung ini kerana ia jauh terpencil tambahan pula jalan masih lagi tanah merah.

“Namun, saya pilih kampung ini untuk membantu dalam membina masjid kerana suasana aman damai serta ramai tokoh agama lahir dari kampung ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, masjid yang akan dibina itu juga di harap dapat menyediakan kemudahan jaringan internet agar penduduk kampung itu terutama anak muda dapat lebih mengimarahkan masjid.

“Anak anak perlu mengusai ilmu terkini supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan kerana teknologi kini berkembang maju.

“Jadi kampung ini walaupun jauh di pedalaman, mereka perlu juga menguasai ilmu teknologi ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut memberi saranan agar anak-anak di kampung tersebut yang sudah tamat pengajian di semua peringkat harus belajar berdikari dengan tidak memilih untuk bekerja di mana sahaja agar dapat menambah pendapatan keluarga untuk kehidupan yang lebih selesa.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Ketua Kampung, Scten Meen berkata, pihaknya bersyukur dengan usaha murni NGO tersebut yang memberi perhatian kepada kampung itu terutama dalam usaha pembinaan masjid.

“Dengan keluasan dua ekar, masjid itu nanti mampu menampung kira-kira 800 jemaah dalam satu-satu masa,” katanya.