Empat golongan yang dihalang masuk ke syurga

Jangan memakan riba dan harta anak-anak yatim tanpa hak. -GAMBAR HIASAN.
Jangan memakan riba dan harta anak-anak yatim tanpa hak. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

DALAM kita sibuk mengejar urusan di dunia, jangan sampai mengabaikan bekalan di hari akhirat nanti.

Sebab itulah, kita selalu dengar orang berpesan supaya berwaspada, berjaga-jaga, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melakukan sesuatu perkara.

Bukannya apa, bimbang jika apa yang dilakukan itu tidak seperti yang diharapkan.

Lebih membimbangkan lagi apabila syurga ALLAH yang kita harapkan semakin menjauh, sebaliknya neraka pula yang menanti. Nauzubillah, mintalah dijauhkan.

Dalam sebuah hadis, ada dinyatakan tentang empat golongan yang dihalang daripada memasuki syurga.

Rasulullah SAW bersabda: "Ada empat golongan manusia yang menjadi hak ALLAH untuk tidak memasukkan mereka itu ke dalam syurga dan tidak akan diberi rasa kenikmatan syurga iaitu orang yang mengekalkan minum minuman keras, memakan riba, memakan harta anak-anak yatim tanpa hak dan berani melawan kedua orang tua." (Riwayat Hakim dan al-Baihaqi)

Justeru, berjaga-jagalah, jangan sehingga terleka akibat hanyut dengan urusan duniawi.

Maklumlah, iman kita memang ada pasang surutnya.

Artikel Berkaitan:

Jagalah diri kita daripada hasutan-hasutan jahat yang boleh memakan diri.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan tadi.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)