Timbalan KPN jumpa Dr Mahathir

Mazlan (kanan) bertemu Dr Mahathir buat kali pertama hari ini selepas menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara 9 Mei lalu. - FOTO FACEBOOK PDRM
Mazlan (kanan) bertemu Dr Mahathir buat kali pertama hari ini selepas menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara 9 Mei lalu. - FOTO FACEBOOK PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhary di sini hari ini.

Pertemuan pada jam 10.30 pagi itu dimuat naik di akaun Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertemuan tersebut adalah yang pertama buat Mazlan selepas menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara pada 9 Mei lalu.

Mazlan, 58, yang sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dilantik memegang jawatan nombor dua dalam PDRM menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara secara rasmi pada 17 Mac lalu.

Majlis penyerahan surat lantikan kepada Mazlan diserahkan sendiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan Mazlan diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Dr Mahathir atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Artikel Berkaitan: