Nikmati sajian bakar, panggang dan puluhan menu lazat di KSGCC

Hidangan yang mendapat sentuhan daripada cef berpengalaman, Cef Shukoor pasti membangkitkan selera ramai.
Hidangan yang mendapat sentuhan daripada cef berpengalaman, Cef Shukoor pasti membangkitkan selera ramai.
A
A
A

MASIH mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang? Apa kata anda bawa keluarga menikmati hidangan lazat di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC), Nilai, Negeri Sembilan.

Ramadan kali ini pihak KSGCC menawarkan sajian bufet istimewa bertemakan 'SHUKOOR Kembali Lagi', jadi pelanggan boleh menikmati beraneka pilihan menu yang lazat dan unik pada harga yang berpatutan.

Lokasinya di mana ya? Di dewan dengan persekitaran yang lebih luas dan selesa untuk mereka yang datang bersama pasangan, ibu bapa, anak-anak dan juga saudara mara.

Melalui bufet Istimewa ini, anda boleh memilih untuk menikmati 'smoked BBQ' & Grill, BBQ Beef Rib, Brazillian Black Mussels dan ayam pasu termasuk aneka masakan berasaskan ayam, daging dan makanan laut.

Menariknya, makanan ini dipanggang secara berterusan, jadi tetamu boleh mengambil dan menikmati hidangan itu 'panas-panas'.

Buat peminat kambing pula, anda boleh menikmati sajian Semenanjung Arab yang dipanggang di dalam ketuhar shuwa.

Menerusi gaya masakan ini, kambing atau daging akan disalut dengan pelbagai ramuan rempah-ratus, sebelum dibalut dan dimasukkan ke dalam ketuhar yang berisi bara.

Aromanya pasti membangkitkan selera anda tatkala perut berkeroncong.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



No Image Caption

Menu berbeza setiap hari

Pihak KSGCC memberitahu, hidangan menu yang disediakan sepanjang Ramadan adalah berbeza-beza setiap hari.

"Ya, menu berbeza setiap hari berasaskan masakan kampung seperti gulai kawah Kelantan, ayam masak merah, daging salai masak lemak cili api, rendang udang Minang, daging dendeng Perak, ayam kuzi, daging kurma, ayam mandy, ikan patin masak lemak tempoyak dan banyak lagi,

Bufet kali ini juga akan memperkenalkan beberapa menu baharu seperti kari kambing bakar, nasi ayam dan masakan dapur Korea termasuk kimchi, bibimbap dan spicy yangnyeom-cikin, pepes ayam bakar, dan lidah goreng panggang.

Pastinya, bubur lambuk, kuih-muih dan pelbagai manisan serta makanan pencuci mulut seperti durian goreng menjadi pelengkap hidangan berbuka puasa kali ini.

Jadi apa lagi jom berbuka puasa bersama KSGCC dan bersedia untuk menikmati pengalaman yang menakjubkan!

• Harga Biasa - RM70 (dewasa)

• Harga Biasa - RM30 (kanak-kanak berusia 7-12 Tahun) • Baucar - RM58

Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 06-7907392 atau 019-3839339

No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption