Siapa makan di hotel jangan meroyan fasal ekonomi: Maya Karin

Maya Karin. Foto Instagram Maya Karin
Maya Karin. Foto Instagram Maya Karin
A
A
A
PELAKON, Maya Karin menempelak sikap membazir sesetengah individu atau syarikat yang sanggup mengeluarkan belanja besar, semata-mata untuk menikmati buffet Ramadan di restoran atau hotel-hotel.

Malah ujar selebriti berusia 40 tahun ini harga juadah buffet Ramadan yang dilihat semakin mahal terutamanya di hotel sekitar Kuala Lumpur.

"Saya muak dengan harga buffet Ramadan. Dan orang perseorangan dan syarikat masih membayar sehingga RM150 hingga RM200 untuk dewasa dan RM80 hingga RM100 untuk kanak-kanak!

"Apa yang mereka makan? Nasi sikit, ayam sikit atau spaghetti sikit," tulisnya menerusi akaun Twitter miliknya.

Tambah Maya, dia sudah memilih untuk tidak lagi berbuka puasa di mana-mana hotel yang menyediakan buffet.

"Siapa makan kat sana jangan meroyan pasal ekonomi," katanya.

Sementara itu, dalam etntri berlainan, Maya turut berkongsi artikel mengenai pembaziran makanan ketika bulan Ramadan.

Rata-rata pengikut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan Maya itu.

Artikel Berkaitan: