Ibu muda dibunuh, bayi dalam kandungan dicuri

Mangsa, Marlen Ochoa-Lopez yang sarat mengandung sembilan bulan dibunuh sebelum bayinya dikeluarkan dari rahim oleh suspek.
Mangsa, Marlen Ochoa-Lopez yang sarat mengandung sembilan bulan dibunuh sebelum bayinya dikeluarkan dari rahim oleh suspek.
A
A
A

CHICAGO - Polis di Chicago mendakwa tiga individu semalam berkaitan pembunuhan seorang remaja hamil yang bayinya dikeluarkan dari rahim selepas kematiannya.

Polis berkata, Marlen Ochoa-Lopez, 19, diumpan ke rumah individu yang dikenalinya pada 23 April dengan janji diberikan barangan kelengkapan bayi secara percuma, sebaliknya mangsa dicekik sehingga mati sebelum bayinya dikeluarkan daripada rahim.

Clarisa Figueroa, 46, dan anak perempuannya, Desiree, 24, didakwa membunuh dengan niat.

Piotr Bobak, 40, yang dipercayai teman lelaki Figueroa didakwa tuduhan menyembunyikan pembunuhan.

Ketua Polis Chicago, Eddie Johnson pada sidang akhbar berkata, jenayah itu menjijikkan dan amat mengerikan.

“Saya tidak dapat berpura-pura dapat membayangkan apa dilalui keluarga mangsa ketika ini.

“Mereka sepatutnya meraikan kelahiran bayi. Sebaliknya, mereka meratapi kehilangan ibu dan kemungkinan juga anaknya,” kata Johnson.

Polis menemui mayat Ochoa-Lopez disembunyikan dalam tong sampah ketika menyerahkan waran menggeledah di rumah Figueroa malam kelmarin.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, bayi tersebut kini dirawat di hospital dan dalam keadaan tenat.

Sebelum kes itu terbongkar, suspek utama berpura-pura menghubungi talian kecemasan 911 untuk memberitahu bayi yang baru dilahirkannya dalam keadaan biru dan pucat.

Peluang bayi malang itu hidup adalah tipis. - Chicago Sun-Times