'Jangan berniaga tepi jalan'

Sebuah treler tidak dapat bergerak kerana keadaan jalan yang sempit.
Sebuah treler tidak dapat bergerak kerana keadaan jalan yang sempit.
A
A
A

PETALING JAYA - Isu peniaga tepi jalan di Jalan Teknologi berhampiran Uptown Kota Damansara dilihat menjadi punca utama kesesakan jalan sejak kebelakangan ini.

Lebih merumitkan apabila orang ramai yang ingin berkunjung ke Uptown Kota Damasara terpaksa menempuh kesesakan trafik disebabkan jalan berkenaan sempit dengan kehadiran peniaga yang turut membuka khemah.

Berdasarkan aduan yang diterima, Sinar Harian membuat tinjauan di lokasi berkenaan pada malam minggu lalu.

Beberapa pengunjung yang ditemui rata-ratanya tidak berpuas hati dengan keadaan itu kerana selalunya mereka hanya mengambil masa tidak kurang lima minit untuk mencari parkir, namun tidak disebabkan sesak mereka terpaksa membuang masa dalam tempoh setengah jam!

Pengunjung Muhammad Zaki Cheong Abdullah, 45, berkata dia dan keluarga selalu berkunjung ke uptown untuk membuat persiapan raya.

"Tiap-tiap tahun kami datang ke sini sebab sini banyak pilihan pakaian jadi malas nak pergi jauh-jauh kerana saya tinggal di Sungai Buloh, tak sangka jalan sesak sangat. Dulu tidak macam ini," katanya.

Deretan gerai tepi jalan di JalanTeknologi berhampiran Uptown Kota Damansara.
Deretan gerai tepi jalan di JalanTeknologi berhampiran Uptown Kota Damansara.

Menurut Zaki isu kesesakan jalan berkenaan boleh diatasi sekiranya tiada gerai-gerai ditepi jalan.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi pengunjung, Rokiah Ahmed, 38, turut mengakui kesesakan berkenaan berpunca daripada peniaga tepi jalan yang semakin bertambah.

" Sepatutnya pihak berkuasa kena ambil tindakan, jangan dibiarkan kerana jika tidak keadaan jadi tidak terkawal. Minggu ini sahaja dua kali saya datang uptown, saya lihat gerai-gerai tepi jalan ini makin bertambah," katanya

Menurut Rokiah dia pernah menyaksikan kemalangan berlaku di situ membabitkan kereta dan motosikal yang bergesel sesama sendiri kerana jalan terlalu sempit.

Peniaga tepi jalan di Jalan Teknologi berhampiran Uptown Kota Damansara dilihat menjadi punca utama kesesakan jalan sejak kebelakangan ini.
Peniaga tepi jalan di Jalan Teknologi berhampiran Uptown Kota Damansara dilihat menjadi punca utama kesesakan jalan sejak kebelakangan ini.

Kawasan sekitar jadi kotor

Kehadiran peniaga tepi jalan turut menyebabkan kawasan sekitar kotor apabila longgokan sampah ditinggalkan begitu sahaja.

Sampah plastik, sisa dan bekas makanan bersepah menjadi daya penarik kepada kehadiran anjing liar.

Tinjauan mendapati sampah sarap berlonggok turut dibuang begitu sahaja di dalam longkang.

"Masalah ini sepatutnya tidak berlaku jika pemantauan dibuat oleh penguatkuasa kerana kami membayar lesen tapi kawasan sekitar restoran kami kotor disebabkan mereka," runggut peniaga restoran yang hanya mahu dikenali Tam.

Sampah sarap yang ditinggalkan peniaga.
Sampah sarap yang ditinggalkan peniaga.

Menurut Tam, aduan mengenai isu berkenaan sudah dibuat kepada Majlis Bandaaraya Petaling Jaya namun keadaan masih tidak berubah.

"Mereka ini ada yang kutip bayaran secara tidak sah sebab tu mereka berani berniaga di situ," katanya.

Sinar Harian akan mendapatkan maklum balas dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung isu berkenaan dalam waktu terdekat.