30 bilik penyusuan 'Mama Friendly' di Johor menjelang 2020

Liow Cai Tung menyampaikan sumbangan duit raya kepada K Rukumani pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Perkarangan Masjid An-Nur Pasir Gudang hari ini. Foto: Bernama
Liow Cai Tung menyampaikan sumbangan duit raya kepada K Rukumani pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Anjuran Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di Perkarangan Masjid An-Nur Pasir Gudang hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menyasarkan untuk mewujudkan 30 bilik penyusuan Mama Friendly di seluruh negeri ini menjelang tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Liow Cai Tung berkata, menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT), fasa pertama bagi mewujudkan bilik penyusuan itu dijangka dapat dicapai pada bulan Mei tahun hadapan.

"Sekurang-kurangnya 30 bilik Mama Friendly dapat diwujudkan di Johor tidak kira untuk jabatan kerajaan negeri mahupun swasta.

“Ini adalah sangat penting bagi ibu-ibu yang bekerja, ada satu bilik khusus untuk mengepam susu. Bagi saya mereka yang menyusukan bayi perlu mengepam pada masa tertentu jadi mereka tetap perlukan satu tempat yang lebih privasi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian bilik penyusuan Mama Friendly di Bangunan Dato Muhammad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Turut berkenan berangkat merasmikan bilik berkenaan ialah isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Setakat ini, terdapat 10 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tiga syarikat swasta dan satu badan bukan kerajaan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara YPKDT untuk pelaksanaan projek Mama Friendly.

Antaranya ialah Senai International Terminal Services Sdn Bhd, Austin Height Sdn Bhd dan Malaysian Association Of Hotel-Johor Chapter.

Terdahulu, bilik penyusuan Mama Friendly di Pusat Pentadbiran Kota Iskandar dengan peruntukan sebanyak RM20,000 itu merupakan perintis kepada program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Selama ini penjawat awam di Kota Iskandar perlu mengepam susu di surau, di pantri malahan ada dalam kereta.

“Ini akan menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka dan stres sekali gus menjejaskan kualiti susu,” katanya. - Bernama