Hospital Pakar KPJ Johor lancar bank makanan

Amiruddin meletakkan makanan di ruangan bank makanan di Hospital Pakar KPJ Johor.
Amiruddin meletakkan makanan di ruangan bank makanan di Hospital Pakar KPJ Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hospital Pakar KPJ Johor mengambil inisiatif mewujudkan bank makanan sempena sambutan Hari Jururawat pada tahun ini.

Presiden dan juga Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, inisiatif itu dilaksanakan melalui komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Kejururawatan bagi membantu masyarakat.

"Selain berfungsi sebagai pusat penyimpanan dan pengedaran makanan, penubuhan bank makanan itu adalah salah satu strategi membasmi masalah kelaparan dan ketiadaan sekuriti makanan di saat memerlukan.

“Bank ini diisi dengan stok makanan setiap hari oleh Jabatan Kejururawatan hospital ini dan orang ramai sama ada pekerja atau para pengunjung hospital boleh mengambilnya mengikut keperluan,” katanya selepas merasmikan bank makanan tersebut di sini hari ini.

Amiruddin (kanan) bersama Mohamad Fauzi (kiri) ketika merasmian bubur lambuk amal.
Amiruddin (kanan) bersama Mohamad Fauzi (kiri) ketika merasmian bubur lambuk amal.

Pada majlis yang turut dihadiri Presiden Kelab Media Johor, Mohamad Fauzi Ishak itu, Amiruddin turut merasmikan program bubur lambuk amal dengan kerjasama Kelab Media Johor yang diadakan sejak empat tahun lalu setiap kali tiba Ramadan.

Menurutnya, program itu adalah aktiviti tahunan Hospital Pakar KPJ Johor dan menjadi sebahagian inisiatif CSR.

“Sebanyak empat kawah besar bubur lambuk dimasak melibatkan kira-kita 20 pekerja hospital ini dan wakil Kelab Media Johor. Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membabitkan proses penyediaan, memasak dan mengedar.

Artikel Berkaitan:

Program ini juga dilaksanakan menerusi sumbangan yang diberikan oleh pihak pengurusan, doktor-doktor pakar serta anggota pekerja hospital ini,” katanya.