Guna Tabung Harapan bayar sebahagian hutang 1MDB

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kesemua dana dalam Tabung Harapan Malaysia (THM) akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang berjumlah RM1.704 bilion bagi tahun ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM Bil.1/2019 pada 24 April lepas.

Menurut Guan Eng, jumlah terkini akaun amanah Tabung Harapan adalah RM203,292,117.41.

Menurutnya, baki THM sehingga 14 Januari lalau iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan adalah sebanyak RM202,716,775.10 dan selanjutnya, pelaburan simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac adalah sebanyak RM575,342.31.

"Meskipun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 Bilion, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara,” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: