Aliff, Bella sah bercerai

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz sah bercerai talak satu dengan isterinya Bella Astillah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Lafaz cerai dibuat Aliff di hadapan hakim Syarie, Izzat Syazli Murshid lebih kurang jam 3.55 petang tadi dalam satu prosiding sebutan.

Permohonan cerai dibuat oleh Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 25 selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 28, dilihat menangis sepanjang prosiding berlangsung.

Ditanya punca perceraian itu oleh hakim, Bella menjawab, mereka sudah tidak bersefahaman dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.

"Kami tidak ada persefahaman dan suami selalu curang," jawab Bella dengan suara tersekat-sekat. Sehubungan itu mahkamah memerintahkan Bella beredah sebanyak tiga kali suci dan mahkamah memerintahkan sijil nikah mereka dibatalkan.

Aliff turut bersetuju untuk membayar nafkah anak sebanyak RM1,000 sebulan yang akan dimasukkan ke akaun Bella bermula Mei 2019.

Artikel Berkaitan: