Kontraktor, pensyarah direman buat tuntutan palsu RM261,000

Anggota penguatkuasa SPRM membawa pensyarah dan kontraktor yang direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu pembekalan barangan sukan di sebuah institusi pendidikan.
Anggota penguatkuasa SPRM membawa pensyarah dan kontraktor yang direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu pembekalan barangan sukan di sebuah institusi pendidikan.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang kontraktor dan pensyarah direman tujuh hari hingga Rabu depan bagi membantu siasatan kes berhubung tuntutan palsu pembekalan barangan sukan berjumlah RM261,000.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Mohd Firdaus Saleh terhadap kedua-dua suspek yang berusia 38 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sumber SPRM berkata, suspek ditahan pada jam 4.25 petang semalam ketika hadir ke pejabat SPRM.

"Tangkapan dibuat selepas pensyarah berkenaan dipercayai bersubahat dengan kontraktor terbabit untuk membuat tuntutan palsu pembekalan barangan keperluan latihan pasukan ragbi bagi sebuah institusi pendidikan pada tahun 2014 yang berjumlah RM14,400.

"Siasatan awal dijalankan SPRM mendapati, terdapat beberapa tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja pembekalan lain turut dibuat sepanjang tempoh antara 2014 sehingga 2018 dengan anggaran jumlah keseluruhan bernilai RM204,344.21," katanya.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai baju lokap SPRM tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 9. 30 pagi diiringi pegawai penguat kuasa.

Artikel Berkaitan: