PBT ambil alih kutipan 20 sen beg plastik

Loy Sian (tiga dari kanan) bersama peniaga minuman bazar Greenwood yang menerima straw biodegradasi menggantikan straw plastik.
Loy Sian (tiga dari kanan) bersama peniaga minuman bazar Greenwood yang menerima straw biodegradasi menggantikan straw plastik.
A
A
A

GOMBAK - Kerajaan Selangor bercadang kutipan caj 20 sen penggunaan beg plastik diserahkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk digunakan dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, kerajaan negeri sedang melihat mekanisme pelaksanaan dalam usaha memperkemas langkah mengurangkan penggunaan bahan tersebut.

"Kita sedang kaji pelaksanaannya menggunakan kaedah yang mudah dan berkesan dijangka bermula tahun ini atau tahun hadapan. Hasil caj akan dikutip kerajaan negeri dan bukannya pasar raya lagi.

"Dulu kita benarkan pasar raya kutip dengan harapan mereka buat program CSR dan alam sekitar. Tapi kita dapati tidak semua pasar raya melaksanakannya. Disebabkan itu kita ambil alih kutipan tersebut," katanya.

Loy Sian menyampaikan cenderamata kepada peniaga pada program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Amalan Hijau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Greenwood, di sini semalam.
Loy Sian menyampaikan cenderamata kepada peniaga pada program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Amalan Hijau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Greenwood, di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Bazar Ramadan Mampan dan Kempen Amalan Hijau dengan kerjasama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) di Taman Greenwood di sini semalam.

Loy Sian yang juga ADUN Kajang berkata, kutipan caj 20 sen akan diserahkan kepada PBT untuk dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Negeri bagi melaksanakan program yang berkaitan.

"Caj kutipan tersebut akan digunakan untuk melaksanakan kempen alam sekitar seperti mengedarkan lebih banyak beg kitar semula kepada pengguna dan program alam sekitar termasuk penanaman pokok,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Loy Sian menunjukkan skil memasak murtabak.
Loy Sian menunjukkan skil memasak murtabak.

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik dimulakan pada 2010 pada setiap hari Sabtu di pasar raya, pasar mini dan premis perniagaan sebelum kempen diperluaskan pada Januari 2017.

Sejak dua tahun lalu caj 20 sen dikenakan untuk setiap beg plastik dan kutipan itu disalurkan kepada program kepenggunaan atau pemuliharaan alam sekitar.

#puchong Kerajaan Selangor bercadang mengambil alih kutipan caj 20 beg plastik selepas kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan itu lengkap. Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Hee Loy Sian berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk menyerahkan tugas kutipan berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan(PBT) di seluruh negeri ini. Laporan MOJO Sinar Harian Selangor: ASYRAF MUHAMMAD

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Tuesday, May 21, 2019