Ada apa dengan ‘wow cool post, thanks for sharing’?

Antara gelombang ayat diruang komen page Facebook Sinar Harian.
Antara gelombang ayat diruang komen page Facebook Sinar Harian.
A
A
A

GELOMBANG ayat ‘Wow cool post, thanks for sharing’ kini melanda Facebook seluruh dunia.

Sedar atau tidak, hampir semua ruang komen portal berita popular termasuk Facebook Sinar Harian dihujani dengan ayat itu.

Dek ketagihkan gelaran 'top fan', netizen tempatan mahupun luar negara mula terikut-ikut memuat naik komen tertera ‘Wow cool post, thanks for sharing.’

Hasil tinjauan menerusi laman sosial Facebook Sinar Harian mendapati kebanyakan pembaca setia dipenuhi ayat itu hingga menimbulkan tanda tanya.

Bagaimanapun, dikhabarkan tujuan pengguna laman sosial meninggalkan komen itu dipercayai untuk mendapatkan gelaran 'top fan'.

Gelaran ‘top fan’ yang diberikan oleh Facebook ini hanya khas kepada pengguna yang aktif dalam memberi komen dan reaksi seperti tekan butang ‘Like’ serta berkongsi posting berbanding pembaca-pembaca yang lain.

Namun, difahamkan, ‘top fan’ ini tidak diberikan oleh pengendali sesebuah laman iaitu 'admin page' sebaliknya diberikan oleh Facebook itu sendiri.

Dalam pada itu, tinjauan admin mendapati, pembaca juga kreatif untuk mendapatkan gelaran 'top fan' dengan menghasilkan pelbagai komen yang lucu dan mencuit hati.

Artikel Berkaitan:

Jadi, berapa ramai ‘top fan’ Sinar Harian? Jom terus aktif di 'page' kami untuk kekal gelaran 'top fan' dan jadi pembaca setia kami!