'Umno tidak akan terkubur'

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Presiden Sukarelawan Malaysia, Hisham Jalil yakin Umno tidak akan terkubur meskipun semakin ramai Ahli Parlimennya keluar parti.

Katanya, ini berdasarkan semangat dan sokongan daripada akar umbi parti itu yang masih utuh.

"Ada juga orang sifatkan bahawa ini sesuatu 'pembersihan' dalam Umno, ya kita lalui ujian besar ketika ini jadi saya yakin Umno akan terus kekal relevan," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu beliau tidak menolak bahawa mereka yang keluar parti sebagai mencari jalan mudah untuk kekal hidup senang.

"Apabila mereka tiada duit, jalan mudah adalah dengan 'melompat'," kata bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Razak itu lagi.
Artikel Berkaitan:


Situasi Umno kini dilihat semakin parah, sebelumnya Umno di Sabah lumpuh apabila hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Ia disusuli tindakan enam Ahli Parlimen Umno menyerahkan surat keluar parti yang berkuat kuasa serta merta iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Dr Latiff Ahmad (Mersing), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah) dan Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).