RCI Wang Kelian masuk hari ke-11

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis bersambung hari ini memasuki hari ke-11.

Ia diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diubah suai seperti mahkamah.

Sehingga hari ke-10 prosiding, sebanyak 32 saksi sudah memberikan keterangan dalam RCI berkenaan.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria mempengerusikan RCI yang dianggotai tujuh anggota dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai sebagai timbalan pengerusi.

Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.

RCI, yang diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lepas, antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian.

Artikel Berkaitan: