Perhimpunan Sejuta Rakyat Menentang Statut Rom batal

Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam
A
A
A

SHAH ALAM - Perhimpunan Sejuta Rakyat Membantah Statut Rome yang sepatutnya berlangsung pada 15 Jun depan dibatalkan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penarikan Malaysia daripada statut tersebut.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam berkata, Malaysia secara rasmi dikeluarkan daripada senarai negara meratifikasikan Statut Rom berdasarkan satu kenyataan dikeluarkan PBB semalam.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, Majlis Raja-Raja, Panglima Angkatan Tentera, empat orang pakar undang-undang yang telah menasihati Majlis Raja-Raja, parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Tidak ketinggalan insan yang telah dicemuh hebat oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana mendedahkan penipuan Kerajaan PH, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, diatas kejayaan besar membantah Statut Rom ini," katanya.

Lokman Nor Adam berharap, dengan kegagalan PH meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom dapat memberikan pengajaran yang jelas kepada kerajaan supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial negara.

"Sungguhpun kami mengambil keputusan membatalkan Perhimpunan Sejuta Rakyat Membantah Statut Rom yang sepatutnya berlangsung 15 Jun 2019.

"Bagaimanapun, kami tidak akan teragak-agak mengadakan perhimpunan semula sekiranya Pakatan Harapan meneruskan keghairahan mereka melanggar Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial," katanya.

Artikel Berkaitan: