Kenyataan Tun Daim tidak tepat, tersasar

A
A

1. Kenyataan Tun Daim tidak tepat, tersasar.

Kenyataan bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin bahawa program matrikulasi sudah tidak relevan untuk dilaksanakan kerana matlamat asalnya sudah tercapai adalah tidak tepat dan tersasar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Tun Daim tidak mengemukakan sebarang data untuk menyokong saranannya. Sepatutnya, beliau menunjukkan dengan lengkap data pencapaian orang Melayu dan India dalam bidang sains peringkat STPM dan bandingkan dengan pencapaian bangsa Cina.

Selain Tun Daim juga mesti memahami bahawa program matrikulasi bukanlah pintu belakang untuk orang Melayu dan Bumiputera masuk ke universiti awam di Malaysia.

tetapi program matrikulasi adalah instrumen pemberdayaan yang sangat penting kepada kebanyakan golongan Bumiputera dari golongan B40 dan menjadi satu-satunya jalan alternatif membantu dan membongkar potensi sesuai dengan latar sosioekonomi keluarga, kemampuan kewangan, minat dan kecenderungan mereka.

2. Ada kemungkinan PRU15 berlaku secara mengejut

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Pembahagian kerusi antara UMNO dan Pas untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu dibincangkan bermula sekarang sebab terdapat kemungkinan PRU15 akan berlaku secara mengejut atau diadakan lebih awal.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang juga menyambut baik kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membayangkan UMNO dan Pas bergabung untuk menghadapi PRU15.

Beliau berkata, Soal kedudukan parti masing-masing dalam pilihan raya juga perlu diselesaikan supaya tak berbangkit isu yang boleh memecah belahkankan mereka. Disamping mereka juga perlu ambil kira bukan Melayu yang selama ini jadi rakan setia mereka.

3.Dadah: Farid Kamil dipenjara sembilan bulan

Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah menggunakan dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC) Januari tahun lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham turut memerintahkan Farid, 38 tahun, berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun dalam satu prosiding yang ditetapkan untuk dia membela diri semalam.

Selebriti itu sepatutnya memberi keterangan secara bersumpah semalam sebaliknya memilih untuk berdiam diri.

Dalam pada itu keputusan tersebut Nor Ariffin tidak membenarkan permohonan peguam bela Farid untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.

dan Farid terpaksa akur dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara yang ditetapkan bermula semalam.

4. Lagu K-Pop, boleh turunkan berat badan?

MINAT mendalam kepada dunia Korea Pop (K-Pop) membolehkan seorang lelaki berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg setelah mengikut rentak lagu K-Pop bertajuk Fine nyanyian Taeyeon.

Dari berat asal 154 kilogram, Shahrizuan Hamzan berjaya memperoleh 116 kilogram dengan menari setiap hari dan mengamalkan diet sihat.

Cabaran itu bermula pada September 2018 dan kini beliau masih meneruskannya bagi mendapatkan berat badan ideal.

Katanya, dia akan menari mengikut rentak lagu K-Pop di dalam bilik dan menutup kipas bagi mengeluarkan peluh.

Sumber Video : Instagram @shah.rizuann

5. Irfan Bakti letak jawatan

Perkembangan terbaharu sukan bola sepak Terengganu dikejutkan dengan peletakan jawatan Irfan Bakti Abu Salim sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Peletakan jawatan itu berikutan prestasi buruk dan memalukan skuad penyu dalam dua perlawanan sebelum ini hingga gagal mara ke separuh akhir Piala FA ketika menentang Pahang di samping tewas 3-5 ketika bertemu Petaling Jaya (PJ City FC), kelmarin.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pihak pengurusan pasukan menghormati keputusan nekad yang dibuat Irfan Bakti dalam mesyuarat khas postmortem yang dihadiri oleh barisan kejurulatihan semalam selepas mengambil kira semua aspek.