Hukum berbuka puasa awal selepas dengar azan di televisyen, radio

Disunatkan berbuka puasa sejurus sahaja masuknya waktu azan Maghrib di kawasan masing-masing. -GAMBAR HIASAN.
Disunatkan berbuka puasa sejurus sahaja masuknya waktu azan Maghrib di kawasan masing-masing. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

BAGI yang gemar berbuka puasa di rumah, radio dan televisyen menjadi medium utama untuk kita mengetahui sama ada sudah masuk waktu Maghrib atau belum.

Namun, kita kena ingat. Azan itu menandakan waktu Maghrib di Kuala Lumpur yang tidak semestinya sama di sesetengah kawasan.

Ada tempat yang masuk waktu solatnya lebih awal daripada Kuala Lumpur dan ada juga yang lebih lewat dari di ibu kota.

Barangkali, ada yang pernah terbuka puasa awal sebaik sahaja mendengar azan, sedangkan lokasi tempatnya berbuka agak lewat masuk waktu solat berbanding di ibu kota.

Bagaimanakah dengan puasa kita? Apa hukumnya dan adakah ia membatalkan puasa?

Menjawab persoalan itu, sunah Nabi Muhammad SAW adalah melewatkan sahur dan segera berbuka puasa iaitu sejurus sahaja masuknya waktu azan Maghrib di kawasan masing-masing.

Pada asasnya, jumhur ulama Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan sebahagian Ulama Mazhab Hanbali menyatakan, batal puasa dan wajib qada.

Sementara, Imam al-Muzani dan Mazhab Zahiri menyatakan tidak batal puasa kerana tidak sengaja.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pandangan jumhur adalah lebih utama diambil yang menyatakan puasa batal dan wajib qada.

Lebih-lebih lagi, zaman moden kini, segala kelengkapan untuk menentukan waktu berbuka puasa wujud.

Ia juga sepertimana yang diputuskan oleh Imam Nawawi dan Mazhab Syafie di dalam kitab.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.