Penjawat awam Melaka terima bonus raya

Adly (tengah) menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan van jenazah daripada TNB kepada wakil Masjid Ar-Rahmah, Bukit Katil di sini, hari ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri mengumumkan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 5,300 penjawat awam negeri ini.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, sejumlah RM5.3 juta peruntukan diluluskan bagi pembayaran bonus raya pada tahun ini yang akan diberikan bersama gaji bulanan penjawat awam pada 23 Mei ini.

"Ini bagi membolehkan penjawat awam melakukan persiapan awal menjelang Syawal nanti.

"Kita mengharapkan bonus ini sekali gus dapat meringankan bebanan mereka," katanya selepas menyempurnakan Majlis Ihya Ramadan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Masjid Ar-Rahmah, Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab Rahman dan Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB negeri, Ahmad Rezahan Mohammad.

Pada majlis itu TNB turut menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Ar-Rahmah bagi kegunaan masjid itu dan wang berjumlah RM2,000 selain beriftar bersama 300 jemaah.

Semalam, Adly memberi bayangan untuk mengumumkan berita baik itu pada hari ini selepas jumlah bonus dimuktamadkan dan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri siang tadi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia