Prosedur adil untuk menteri berkempen ketika bekerja: Anwar

Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

BANGI - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prosedur yang adil harus diikuti bagi membolehkan menteri kabinet dan pegawai awam yang menjadi pemimpin parti berkempen semasa waktu bekerja.

Beliau berkata tidak sepatutnya ada prosedur yang terlalu terbuka yang membolehkan para menteri kabinet menghabiskan masa mereka dengan berkempen sepanjang masa.

"Sekiranya anda terbuka, menteri-menteri boleh sahaja menghabiskan masa berkempen sepanjang masa yang juga buruk (untuk pentadbiran). Jika mereka melakukannya, mereka (menteri) harus mengambil cuti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bicara bertajuk "Digital Agenda Asas 'di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini hari ini.

Anwar yang Ahli Parlimen Port Dickson berkata demikian susulan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa kerajaan akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai sekatan terhadap menteri Kabinet untuk berkempen ketika waktu bekerja.

Dr Mahathir berkata sekatan itu seolah-olah memberikan peluang kepada pemimpin parti pembangkang yang tidak mempunyai kerja untuk berkempen selama 24 jam.

Sementara itu, Anwar juga menyokong usaha kerajaan untuk memerangi rasuah dengan memperluaskan inisiatif pengisytiharan harta meliputi Ahli Parlimen pembangkang dan langkah itu sepatutnya disokong dengan baik oleh mereka untuk memperjuangkan ketelusan dan akauntabiliti.

Mengenai langkah Pas melarang ahlinya daripada membangkitkan isu berkaitan parti dalam media berikutan pendedahan "kartel dedak", Anwar berkata orang ramai mempunyai hak untuk mengetahui isu tersebut jika dakwaan itu serius.

"Ia menyentuh kepentingan awam dan melibatkan dana daripada pihak lain seperti yang didakwa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Larangan itu adalah susulan dakwaan tentang kewujudan "kartel politik" dalam parti yang dibangkitkan oleh menantu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad. -Bernama