'Johor pun dapat setengah bulan gaji'

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor bersetuju memberi bantuan khas kewangan hari raya Aidilfitri 2019 kepada penjawat awam kerajaan negeri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian itu telah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor pada hari ini.

"Pemberian bantuan khas kewangan ini adalah merupakan keprihatinan kerajaan bagi meringankan beban kewangan penjawat awam sempena menyambut ketibaan hari lebaran pada kali ini," katanya di sini hari ini.

Azmi berkata, pembayaran bantuan khas kewangan itu akan dibuat dua kali iaitu pada 21 Mei sebanyak RM500 dan baki selewat-lewatnya 31 Mei ini, kepada 19,602 penjawat awam negeri.

Katanya, penjawat awam negeri tersebut termasuklah yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan-badan berkanun negeri.

"Semakan kelayakan bayaran bantuan khas kewangan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 2 Tahun 2018 (Pindaan)," katanya.

Artikel Berkaitan: