Israel musnahkan perkampungan Badwi kali ke-144

Jentolak Israel memusnahkan pondok kecil milik penduduk kampung Al-Araqib.
Jentolak Israel memusnahkan pondok kecil milik penduduk kampung Al-Araqib.
A
A
A

BAITULMAQDIS - Tentera Israel memusnahkan perkampungan Badwi diberi nama Al-Araqib di satu kawasan padang pasir Naqab, buat kali ke-144 sejak Julai 2010.

Penduduk tempatan berkata, beberapa jentolak Zionis diiringi polis Israel memusnahkan kawasan kediaman dan pondok kecil petani di situ semalam menyebabkan sebahagian mereka kehilangan tempat tinggal, lapor agensi berita Maan.

"Wanita, kanak-kanak dan golongan tua kehilangan tempat tinggal dan terdedah kepada cuaca panas.

"Mereka diperlakukan sedemikian biarpun tentera Israel tahu mereka sedang berpuasa," menurut kenyataan dikeluarkan Jawatankuasa Al-Araqib.

Al-Araqib termasuk dalam senarai 35 perkampungan masyarakat Badwi yang tidak diiktiraf kerajaan Israel.

Rejim Zionis meneruskan agenda meroboh perkampungan Badwi itu untuk menghalau penduduknya keluar meninggalkan tanah mereka.

Namun setiap kali kampung mereka dirobohkan, penduduk akan membinanya semula.

Tahun lalu, mahkamah tertinggi Israel mengekalkan perintah untuk merobohkan sebuah lagi perkampungan Badwi, Khan Al-Ahmar di Tebing Barat yang didakwa Israel dibina secara haram.

Artikel Berkaitan:

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa kumpulan hak asasi menentang pemusnahan kampung itu yang hanya mempunyai struktur buatan sendiri daripada aluminium dan kayu.

Mereka berhujah tindakan itu akan akan membolehkan penempatan haram Yahudi diperluaskan dan akan memisahkan Tebing Barat kepada dua, sehingga menjadikan harapan sebuah negara Palestin kian pudar. - Agensi