Ada pihak cuba laga-lagakan Tun M, Anwar?

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A
SHAH ALAM - Berikutan tindakan Ahli Parlimen Umno keluar parti beramai-ramai ada dakwaan yang timbul mengatakan bahawa wujud percubaan pihak tertentu cuba melaga-lagakan dua pemimpin utama PH, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam satu kenyataan berkata, beliau ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah ditimbulkan pelbagai pihak berkait pemimpin Umno yang meninggalkan parti tersebut.

“Pihak-pihak ini berniat untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad (yang juga Perdana Menteri) dan berniat untuk merenggangkan hubungan yang baik di antara kami.

“PH telah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit,” katanya.

Anwar berkata, tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah.
Artikel Berkaitan:


“Saya terus menyokong usaha dan kepimpinan Tun Dr Mahathir, dan akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda Reformasi seperti yang telah dipersetujui,” katanya lagi.