Jangan takut publisiti jatuh: Putra Amaris seru artis kahwin awal

Pelakon, Putra Amaris
Pelakon, Putra Amaris
A
A
A

PELAKON, Putra Amaris menyeru kepada semua artis di luar sana untuk tidak takut mendirikan rumah tangga secepatnya.

Muhammad Amran Haji Ismail atau lebih dikenali Putra Amaris, 33, mengulas mengenai artis takut kahwin awal kerana dibimbangi publisiti jatuh sekiranya kahwin awal.

“Alhamdulillah seronok rasanya jadi bapa ni sebab satu pengalaman baharu buat saya.

“Syukur dengan rezeki luar biasa kurniaan-Nya. Benarlah kata orang lebih makan garam selepas kahwin dan sudah ada anak rezeki lebih luas.

“Jadi kepada artis atau selebriti di luar sana janganlah takut untuk berkahwin kalau sebab publisiti jatuh.

“Yakinlah rezeki itu milik ALLAH dan tak pernah salah alamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Amaris selemat diijabkabulkan bersama pasangan pilihan hati, Nur Syazwani Alias, pada 5 Januari 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada 13 Ogos 2017.

Hasil perkongsian mereka dikurniakan anak lelaki bernama Putra Asytar yang kini sudah berusia lima bulan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Berkongsi mengenai rutin baharu sebagai bapa, Amaris mengakui pada awalnya kekok untuk menyesuaikan masa tatkala membuat susu anak pada lewat malam.

“Lewat malam dalam jam 2 atau 3 pagi kena bangun buat susu. Mula-mula tak biasa tapi alhamdulillah saya dah serasi dengan situasi baharu ini,” kongsinya.

Dalam perkembangan terbaharu, Amaris baru sahaja sebulan lebih membuka sebuah warung kecil dengan menjual Nasi Lemak di di Alor Point, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut pelakon Patahnya Sebelah Sayap dan Andainya Takdir itu, waktu operasi bermula pada jam 5 petang sehingga jam 2 pagi setiap hari.

“Sekarang tengah promosi Nasi Lemak sebungkus dengan Teh Tarik, satu set RM2.50 sahaja.

“Pemilihan lokasi kerana menjadi tumpuan pelancong luar negara sekali gus nak kenalkan makanan tradisional dan air minuman kita kepada mereka.

“Alhamdulillah baru sahaja dibuka sebulan lebih dan sambutan syukur menggalakkan,” akhirinya.