Penawar itu daripada ALLAH: Awi Rafael ulas tak jadi kahwin

Awi Rafael
Awi Rafael
A
A
A
PENYANYI, Awi Rafael memberitahu kesibukan seharian bukanlah sengaja diadakan kerana mahu melupakan kegagalan mendirikan rumah tangga dengan aktres cantik, Atikah Suhaimie.

Sebaliknya, penyanyi Bila Aku Jatuh Cinta itu berkata, penawar sebenarnya ada pada Yang Maha Esa. Malah, hubungan dengan bekas tunangnya itu masih baik.

No Image Caption



“Saya harap kalau sesiapa sahaja yang melalui fasa ini akak dapat penawarnya.

“Tetapi ini bukanlah penawar sebenarnya, penawar itu datangnya daripada ALLAH SWT.

“Malah, saya dengan Atikah masih lagi berhubung dan berkawan baik, hormat-menghormati antara satu sama lain, alhamdulillah,”
katanya ketika ditemui pada Majlis Himpunan Artis Sayang al-Quran di Istana Budaya, baru-baru ini.

Kembali solo, Awi Rafael atau nama lengkapnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, kini mahu tumpukan sepenuh perhatian dengan melibatkn diri dalam program kebajikan.

No Image Caption



“Memandangkan kini saya dah kembali solo saya nak fokus untuk melakukan kerja amal,” katanya yang bakal kolaboratif dengan Persatuan Autism Malaysia untuk program studio kafe muzik.

Artikel Berkaitan:


Untuk rekod, sebelum ini pasangan Awi dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac lalu dan dijangka berkahwin pada pertengahan Mac lalu.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Awi tampil menberikan penjelasan yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya, Awi berkata, dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.