Cubaan PU Abu Sufyan halang media gagal

FOTO : SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
FOTO : SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KLANG - Cubaan pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah, PU Abu Sufyan untuk menghalang media melaporkan prosiding pengesahan cerai yang difailkan oleh isterinya, Ain 'Afini Latif, gagal apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang menolak permohonannya.

Hakim Syarie, Mohd Nuruazhar Tohar membuat keputusan itu berikutan Abu Sufyan gagal mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah.

"Kes ini bukanlah melibatkan aib mana-mana pihak," katanya.

Sejurus selepas itu, prosiding berlangsung secara terbuka.

Terdahulu, Abu Sufyan,23, atau nama sebenarnya, Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi membuat permohonan secara lisan untuk menghalang semua pihak termasuk petugas media berada di dalam mahkamah.

"Saya mohon agar pihak keluarga sahaja berada di dalam dewan ini," katanya.

Lelaki itu memberi alasan bimbang mengenai prosiding ini menjadi tular di media sosial.

"Saya cuma khuatir prosiding ini akan menjadi viral (tular) kerana yang viral sebelum ini telah memberi kesan kepada saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pendakwah muda yang mencetuskan kontroversi apabila mengakui melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp terhadap isterinya pada 13 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:PU pilih janda, cerai isteri sedang hamil

Bagaimana pun mahkamah mensabitkan lafaz tersebut sebagai tidak sah.

ARTIKEL BERKAITAN:Talak PU Abu Sufyan tidak sah

Pasangan itu bernikah pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya pada 10 Julai depan.