Ini nasihat Hakim Syarie kepada PU Abu Sufyan

PU Abu Sufyan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
PU Abu Sufyan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, hari ini.Foto: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KLANG - Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Klang, Mohd Nuruazhar Tohar menasihati selebriti agama, PU Abu Sufyan menyelesaikan perihal rumahtangga dengan baik.

Mohd Nuruazhar berkata, sebagai suami, Abu Sufyan atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi sepatutnya menjaga keluarganya dengan baik.

"Kamu perlu jaga isteri dan anak dalam kandungan dengan elok- elok dan jangan abaikannya," katanya.

Beliau berkata, keadaan emosi seorang wanita yang mengandung berbeza dengan wanita lain.

"Dengan apa yang berlaku ini telah memberi kesan terhadapnya.

"Kamu jangan lepas tangan. Apa-apa hal kamu perlu selesaikan. Faham?," katanya.

Abu Sufyan, 23, yang memakai baju kemeja berbelang biru putih dan berkopiah kemudiannya mengangguk.

Pada prosiding itu Mohd Nuruazhar mensabitkan lafaz talak yang dibuat oleh Abu Sufyan menerusi aplikasi WhatsApp terhadap Ain 'Afini Latif pada 13 Mac lalu adalah tidak sah.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:Talak PU Abu Sufyan tidak sah

Abu Sufyan mendirikan rumahtangganya bersama Ain 'Afini pada 31 Ogos 2018 dan dijangka menyambut kelahiran cahaya mata pertamanya pada 10 Julai depan.

Sebelum ini, Ain 'Afini menerusi laman sosialnya mendedahkan dia telah diceraikan Abu Sufyan selepas lelaki itu memilih untuk bernikah dengan wanita bernama Hana Azraa.

ARTIKEL BERKAITAN:PU pilih janda, cerai isteri sedang hamil

Pada 22 April lalu, Abu Sufyan menerusi ruangan komen akaun instagramnya mengakui kesilapannya menceraikan isteri yang sedang hamil.