Rasuah: Penolong pegawai kesihatan direman

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Seorang penolong pegawai kesihatan persekitaran di sebuah pejabat kesihatan daerah ini direman lima hari bermula semalam selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1,800 daripada dua pemilik restoran pada Disember 2017.

Perintah reman terhadap lelaki yang berumur 31 tahun itu dikeluarkan Majistret V. Vanita di Mahkamah Khas Reman Seremban.

Permohonan reman dikemukakan Pendakwa SPRM negeri, Mohd Khairi Abdul Karim, manakala suspek diwakili peguam, Ardelliza Shafie.

Menurut sumber, penjawat awam terbabit disyaki meminta dan menerima rasuah masing-masing bernilai RM400 dan RM1,400 daripada dua pengadu sebagai balasan untuk mengurangkan kadar kompaun terhadap pekerja berkaitan kesalahan pakaian pengendali makanan dan menyelesaikan kes mahkamah selepas gagal membayar kompaun.

Kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu dilakukan pada sekitar Disember 2017.

Suspek ditahan di pejabatnya di Pekan Seremban, pada jam 2.24 petang kelmarin.

Artikel Berkaitan: